



No. Pertubuhan : PPM-008-01-15092015
Syarat Kelayakan Menjadi Ahli Baru PARJASA
-
Keutamaan kepada anak jati Rompin yang bermastautin, bekerja atau menetap di Johor & Singapura.
-
Lahir dan membesar di Daerah Rompin, Pahang.
-
Berumur antara 18 tahun ke atas, tidak melakukan jenayah berat dan berminat untuk sertai Parjasa.
-
Bagi mereka yang bawah umur 18 tahun ATAU tidak mencukupi syarat kelayakan, permohonan boleh diminta terus kepada sekretariat persatuan atas budi bicara Majlis Tertinggi Parjasa.
Polisi & Peraturan Persatuan
-
Setiap ahli harus maklum bahawa Parjasa bukanlah berorientasikan POLITIK, maka dengan itu tiada sebarang hasutan mahupun agenda berbentuk provokasi yang boleh merosakkan ikatan sesama ahli.
-
Segala aktiviti dan program yang melibatkan Parjasa adalah kuasa mutlak AJK persatuan, adalah tidak dibenarkan menggunakan logo rasmi, lencana rasmi mahupun nama Parjasa sendiri tanpa makluman Majlis Tertinggi Parjasa.
Bagi Mereka Yang Melanggar Polisi & Peraturan Parjasa
Tindakan tatatertib / saman akan dikenakan kepada ahli persatuan yang ingkar dan melakukan kesalahan. Namun budi bicara Majlis Tertinggi dalam membuat sebarang keputusan haruslah dipatuhi dan dihormati.
Cara Mendaftar Keahlian Persatuan
Yuran Pendaftaran Keahlian Baru adalah sebanyak RM10.00 sahaja. Manakala Yuran Tahunan adalah sebanyak RM15.00 sahaja. Yuran Keahlian adalah wajib dibayar semasa proses pendaftaran, manakala Yuran Tahunan harus dibayar sebelum Annual General Meeting (AGM) tahun kedua dan tahun seterusnya
Cara mendaftar keahlian terbahagi kepada tiga bahagian :
-
Mendaftar secara ONLINE. Dengan mengisi borang pendaftaran di pautan yang terdapat di dalam website rasmi Parjasa atau click DISINI.
-
Mendaftar secara manual menerusi Borang Pendaftaran Keahlian, bayaran RM10.00 harus dibayar kepada bendahari persatuan atau menerusi ahli yang diberi tanggungjawab menerima bayaran.
-
Mendaftar melalui kenalan atau wakil ahli berdaftar Parjasa yang dipercayai atau ahli keluarga. Bayaran dibuat secara tunai dalam bayaran berkelompok beserta borang lengkap pendaftaran.
Bagi sebarang kemusykilan dan sebarang pertanyaan lanjut, sila maklumkan kepada Parjasa melalui saluran email, telefon ataupun facebook Parjasa. Kerjasama anda amat kami hargai.
Permohonan Keahlian Sekiranya Tidak Cukup Syarat
Sekiranya anda tidak mencukupi syarat kelayakan mendaftar sebagai ahli baru Parjasa seperti yang di nyatakan di ruangan atas. Anda masih boleh mendaftar sebagai Ahli Bersekutu. Namun, keputusan permohonan ahli bersekutu HANYA ditentukan atas budi bicara Majlis Tertinggi dalam membuat penilaian.
Yuran Pendaftaran Ahli Bersekutu adalah sebanyak RM10.00 sahaja. Manakala Yuran Tahunan adalah sebanyak RM15.00 sahaja setiap tahun dan harus dibayar sebelum AGM setiap tahun.
Apakah perbezaan Menjadi AHLI BERDAFTAR dan AHLI BERSEKUTU
-
Ahli Berdaftar memiliki kesemua manfaat dan keistimewaan ahli berdaftar. Ahli Bersekutu turut memiliki manfaat sama tetapi UNDIAN anda tidak dikira semasa Annual General Meeting (AGM).
-
Bagi Ahli Bersekutu, borang permohonan haruslah mendapat kata putus dari budibicara Majlis Tertinggi samada meluluskan permohonan keahlian baru anda atau tidak.