



No. Pertubuhan : PPM-008-01-15092015
SIMBOLIK DAN PENERANGAN PARJASA

LAMBANG RASMI PARJASA
Lambang Rasmi Parjasa diwakili kombinasi warna asas iaitu hitam, kuning, putih, merah dan biru. Warna ini melambangkan negeri Pahang, negeri Johor dan Singapura. Ikan Merlin adalah simbolik kepada Kuala Rompin, bulatan bercorak mewakili ikatan ukhuwah sesama ahli Parjasa yang berlainan latar belakang tetap utuh bersatu dengan 3 lapisan daun merah mewakili 3 golongan generasi.
Digunakan sebagai logo utama yang melibatkan urusan protokol dan surat formal berpersatuan.

LENCANA RASMI PARJASA
[ PARJASA NIAGA ]
Lencana Rasmi Parjasa merupakan simbolik gabungan antara ahli yang bersatu padu dan bernaung dibawah satu pertubuhan. Logo Parjasa dihadapan mewakili bahawa setiap ahli persatuan sentiasa bergerak ke hadapan diiringi Lencana Parjasa yang mana setiap ahli setia menyokong dari belakang.
Digunakan sebagai mewakili entiti 'Parjasa Niaga' melibatkan segala urusan keusahawanan dan perniagaan persatuan.