



No. Pertubuhan : PPM-008-01-15092015

PERANCANGAN JANGKA PENDEK & PANJANG
PELAN STRATEGIK USAHASAMA PERNIAGAAN PARJASA
Selain menitikberatkan hal ehwal kebajikan dan kemasyarakatan di setiap ahli persatuan. Parjasa turut merancang beberapa pelan strategik niaga dalam usahasama menjadikan Parjasa sebuah persatuan yang mandiri serta mampu berdaya saing dengan sumber pendapatan yang kuat, agar segala aktiviti dirancang dapat dilaksana dan terus berkembang demi manfaat setiap ahli Parjasa.
PENGANJURAN KARNIVAL, GERAI & EKSPO
Menganjurkan pesta karnival & ekspo / gerai jualan yang dikelolakan Parjasa kepada semua ahli persatuan. Dengan cara ini, setiap ahli mampu mengambil langkah utama untuk mempromosikan perniagaan & berjinak jinak untuk menjadi seorang usahawan dengan modal yang mampu. (Karnival Felda/Desa/Bandar/Bazaar Ramadhan/Kiosk/Burger)

PROJEK PERTANIAN & PENTERNAKAN
Parjasa akan menyatukan setiap ahli yang mempunyai @ memiliki kepakaran dan bidang agro untuk menjayakan projek ini. Antara cadangan adalah melalui dana Parjasa yang dilaburkan dan seterusnya dinilai menerusi saham ataupun peratusan pelaburan peserta projek agrotani ini. (Sayuran/Fertigasi/Ikan Talapia/Ayam/Kambing/Lembu)

PROJEK MULTIMEDIA & ONLINE BUSINESS
Satu projek yang menggabungkan kesemua usahawan online untuk bergabung dan berbincang melaksanakannya. Antara cadangan awal adalah menerusi jualan produk secara online dibawah satu website & facebook page induk. Mulakan jualan pertama tanpa terlalu fikirkan modal tinggi untuk berniaga. (Tudung/Kuih/Sejuk Beku/Produk/Servis)

PROJEK HARTANAH / PEMBINAAN KEDAI
Projek ini secara dasarnya ialah menyewa tanah terbiar atau tanah persendirian / rezab kerajaan untuk dibangunkan tapak kedai atau lot kedai melalui dana persatuan, kemudiannya akan disewakan kepada ahli & orang luar. Dengan ini, Parjasa memiliki aset berpotensi tinggi untuk jangka masa panjang. (Lot Kedai/Runcit/Nursery/Car Wash/ABC)

PROJEK USAHASAMA SYARIKAT AHLI
Dalam usaha melaksanakan segala program dan projek yang dirancang ini, Parjasa secara amnya membuka ruang dan peluang kepada setiap ahli persatuan untuk mendaftarkan syarikat (sekiranya ada) kepada Parjasa. Dengan cara ini, Parjasa mampu berkongsi kepakaran, peluang dan sokongan untuk memajukan syarikat dibawah naungan Parjasa.

PEMBELIAN LOT SAHAM PROJEK PARJASA
Biarpun projek ini masih dalam fasa perbincangan awal, namun konsep yang diketengahkan adalah dengan membeli lot sesaham, dan Parjasa melaburkan dana tersebut untuk projek projek berpotensi tinggi dan kemudiannya akan dibayar kepada ahli samada berkonsepkan dividen, bonus, pulangan modal, keuntungan mahupun kadaran sesaham dibeli.
