



No. Pertubuhan : PPM-008-01-15092015
CARTA ORGANISASI PARJASA
PERSATUAN ANAK RANTAU ROMPIN DI JOHOR BAHRU & SINGAPURA

PENASIHAT KEHORMAT
YB DATO' HAJI HASSAN BIN ARIFFIN
Email : penasihatparjasa@gmail.com
YB Dato' Haji Hassan Ariffin adalah merupakan Pengerusi PAC merangkap Ahli Parlimen Rompin. Keprihatinan dan kredibiliti YB Dato Hassan sememangnya terserlah ditambah dengan kemenangan yang diperolehi di PRK Rompin. YB Dato Hassan juga sentiasa berharap agar PARJASA mampu bertindak sebagai platform dalam menjaga kebajikan Anak Perantau Rompin yang berada di Johor Bahru dan Singapura sebagai perintis kebajikan setiap ahli dibawah PARJASA.

PENAUNG KEHORMAT
YB DATO' HAJI MOHD JOHARI BIN HAJI HUSSAIN
Email : penaungparjasa@gmail.com
YB Dato' Haji Johari adalah merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia & Sukan Negeri Pahang merangkap Adun Tioman. Keprihatinan YB Dato Johari terserlah dengan sokongan padu serta komitmen beliau dalam usaha menyatupadukan seluruh anak-anak rantau Rompin bersatu di bawah persatuan yang mampu menjaga kebajikan, ruang & peluang setiap ahli dibawah Panji PARJASA.

PRESIDEN
SAUDARA ROSLEY BIN ISMAIL
Anak jati kelahiran Rompin ini memiliki kepakaran dalam bidang pengurusan dan pentadbiran. Merupakan bekas pengurus kilang yang kini bergelar seorang usahawan muda. Merupakan Presiden Parjasa yang komited dan berdedikasi. Komitmen dan harapan tinggi beliau memartabatkan masa depan, hala tuju & kebajikan anak Perantau Rompin terserlah dengan tertubuhnya PARJASA.

TIMBALAN PRESIDEN
SAUDARA RADZUAN BIN HASSAN
Email : timbalanparjasa@gmail.com
Memiliki kepakaran dalam bidang pengangkutan dan rangkaian agensi agensi swasta dan kerajaan. Selaku Timbalan Presiden yang sentiasa berdaya maju dan menjaga kepentingan kebajikan setiap ahli persatuan. Beliau komited dan sentiasa berusaha gigih menyatukan ahli agar mampu membina legasi nama PARJASA lebih dikenali & berdaya maju seiring peredaran zaman serba moden.

SETIAUSAHA AGUNG
SAUDARA RIZALI MASRI
Email : parjasarompin@gmail.com
Memiliki sarjana master bidang Teknologi Maklumat & Teknousahawan IT. Bekas seorang jurutera kualiti & mempunyai kepakaran dalam bidang IT, dokumentasi & perancang strategik perniagaan. Beliau memegang tanggungjawab sebagai Setiausaha Agung yang berperanan penting dalam melaksanakan segala bab perancangan, hala tuju & potensi perlaksanaan projek mengikut pelan Parjasa.

TIMBALAN SETIAUSAHA
SAUDARA ROSLI BIN ASAARI
Email : setiausahaparjasa@gmail.com
Memiliki kepakaran dalam sektor perkilangan & selia selenggara permesinan. Berpengalaman luas dalam bidang kesetiausahaan, protokol & dokumentasi. Merupakan pembantu setiausaha berwibawa yang merancakkan pelaksanaan PARJASA setiap masa bagi memastikan kesinambungan perancangan berjaya dilaksana dengan bertambahnya projek-projek potensi tinggi kendalian Parjasa.

BENDAHARI
SAUDARA SAAT BIN KHAMIS
Email : bendahariparjasa@gmail.com
Memiliki kepakaran dalam bidang pengangkutan dan logistik. Menguruskan segala urusan berkaitan dana persatuan serta bayaran yuran tahunan ahli. Menitikberatkan integriti & etika kebendaharian. Merupakan seorang yang komited dalam merancang pelaburan, kredibiliti projek projek serta program yang mampu menjana keuntungan persatuan untuk jangka masa panjang.

EXCO PENTADBIRAN
SAUDARA MARZUKI BIN SAMLI
Email : pentadbiranparjasa@gmail.com
Memiliki kepakaran dalam bidang pemasaran & jual beli. Seorang yang komited dalam kawal selia perniagaan. Diberi tanggungjawab mentadbir segala projek projek 'high impact' yang dilaksana Parjasa supaya berjalan lancar & mampu menjana keuntungan. Seorang yang lincah memikirkan urusan bisnes & projek baru dalam membina usahasama pelbagai pihak untuk menarik pelabur luar.

EXCO KEBAJIKAN
SAUDARI NOOR AZLINA BINTI MUKRI
Email : kebajikanparjasa@gmail.com
Memiliki kepakaran dalam bidang perkeranian dan pentadbiran. Memegang amanah dan tanggungjawab selaku Exco Kebajikan yang akan memantau, mentadbir dan menjaga kepentingan kebajikan setiap ahli dalam PARJASA terjaga. Memainkan peranan dalam menganjurkan program program misi bantuan kemanusiaan, kemasyarakatan, kebajikan dan sumbangan dana.
PARJASA MEMBUKA 8 JAWATAN EXCO BARU. TERBUKA KEPADA SEMUA AHLI BERDAFTAR YANG LAYAK & SILA AJUKAN PERMOHONAN KEPADA PARJASA.
Sila hubungi Setiausaha Agung Parjasa di parjasarompin@gmail.com

Syarat Kelayakan & Portfolio Tugas Mengikut Jawatankuasa Exco
1 : Exco Sukan & Rekreasi
2 : Exco Eco Pelancongan
3 : Exco Pendidikan
4 : Exco Multimedia & IT
5 : Exco Penajaan
6 : Exco Pemarasan & Jualan
7 : Exco Keusahawanan
8 : Exco Kembara & Eksplorasi