top of page

MATLAMAT UTAMA PARJASA

 

Dalam merealisasikan sebuah impian murni, kesepakatan dalam aspek penyatuan adalah formula utama untuk menjayakannya. Justeru, dengan penetapan-penetapan matlamat yang jelas ini akan melancarkan semua usaha Parjasa dalam menitikberatkan 6 asas utama matlamat merealisasikan gagasan murni ini.

PLATFORM
PERSATUAN

Menjadi platform rujukan utama seluruh anak-anak perantau rompin yang bermastautin, bekerja serta menetap di johor bahru dan singapura.

JALINAN UKHUWAH

Menyatupadukan dalam menjalinkan ukhuwah persaudaraan, integriti perpaduan, jalinan rangkaian perniagaan dan sumbangan kemasyarakatan dalam kalangan ahli.

 

KEBAJIKAN AHLI

Menjadi landasan utama dalam menjaga perihal kebajikan, sokongan keusahawanan, memantau dan menyelia sokongan keperluan tambahan yang dirasakan perlu terhadap setiap ahli dalam menyalurkan khidmat bantuan.

KEPENTINGAN
BERSAMA

Menarik minat lebih ramai ahli untuk turut serta menabur bakti dan kepakaran dalam usaha memajukan, membangunkan serta menyumbang terhadap penaiktarafan sosio-ekonomi dua hala antara rompin dan ahli.

MEDIA RASMI INFORMASI

Menjadi medium pengantara dalam menyalurkan sumber maklumat semasa dan perkembangan terkini merangkumi bantuan kemasyarakatan dan peluang-peluang yang berada di rompin merangkumi aspek kebajikan, pendidikan, keusahawanan dan bantuan dana di kalangan ahli.

 

MISI BANTUAN & HAK ASASI

Sebagai platform pengabungan ahli untuk turut serta dalam misi berbentuk bantuan, bencana alam, kemanusiaan, penyaluran dana dan hak asasi mengikut lunas-lunas yang dibenarkan kerajaan malaysia.

bottom of page