top of page

 

ZON USAHAWAN INDUSTRI DESA

PELAN STRATEGIK melahirkan USAHAWAN IKS GABUNGAN  PENGELUAR & PEMBUATAN DIBAWAH PROGRAM U-BINA USAHAWAN PARJASA
Produk Berasaskan Ternakan


Satu idea contoh projek perintis & program pembangunan usahawan Desa dalam kalangan ahli Parjasa. Projek yang dirancang melibatkan ahli persatuan yang terlibat dalam bergabung rangkaian, bekalan dan pembuatan hingga ke pemprosesan produk hasil keluaran sendiri. 

 

Program ini merupakan salah satu alternatif unik dirancang Parjasa dalam menjana pendapatan setiap ahli persatuan & sumber sokongan kewangan kepada masa depan ahli Parjasa. Ini adalah idea contoh yang dirancang bagi memberi gambaran kepada ahli tentang segala usaha di rancang bagi manfaat kita bersama.

Produk Berasaskan Pertanian

 

Salah satu contoh projek perintis & pembangunan usahawan IKS Desa dalam bidang pertanian. Projek yang dirancang melibatkan ahli persatuan & komuniti terlibat berkongsi ilmu serta kepakaran bagi menjayakan segala perancangan projek tercapai.

 

Program ini bertujuan melahirkan rangkaian usahawan pembuatan & jualan bagi menghasilkan produk keluaran sendiri. Parjasa merancang untuk mendapatkan dana bantuan & usahasama pihak berkaitan dalam membantu dan menjayakan idea ini supaya menjadi 'blueprint' portfolio pekan strategik Parjasa dan ahli. 

Produk Berasaskan Makanan


Salah satu idea contoh projek yang berpotensi tinggi adalah pembuatan peoduk berasaskan makanan. Bagi mewujudkan pelan strategik ini, ada beberapa penstrukturan akan dibina seperti latihan, kursus, pemprosesan serta pengurusan seperti bungkus, branding dan jualan.

 

Pada fasa awal, Parjasa merancang untuk mewujudkan pusat induk bagi mengumpulkan produk keluaran ahli dan seterusnya menjadi pusat jualan yang diuruskan oleh Parjasa. Dengan cara ini, kitaran bekalan, pembuatan, pengumpulan dan jualan seiringan dan mampu menjana keuntungan.

bottom of page