top of page

"Kelmarin memberikan pengalaman setiap inci dalam langkah kita, semalam pula adalah tauladan serta pengajarannya.. dan untuk menghadapi hari esok, jadikanlah kelmarin dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah erti kehidupan."

 

"Seorang yang pandai akan sentiasa belajar dari segala pengalamannya yang lepas dalam usaha memperbaiki diri, manakala seorang yang bijaksana pula akan sentiasa menggunakan pengalaman dari orang lain sebagai usaha memperbaiki kelemahan pada dirinya. Akal fikiran itu tinggi darjatnya, sebab itu ia terletak di bahagian kepala."

 AKTIVITI & PROGRAM

PROGRAM KEMASYARAKATAN

Sejajar dengan matlamat utama Parjasa, pelbagai program program dan projek projek berasaskan hal kemasyarakatan akan diserap dan dirancang dengan sebaik mungkin.

PROGRAM KEUSAHAWANAN

Program pembangunan keusahawanan adalah merupakan aspek utama Parjasa dalam turut serta membantu menaiktaraf pendapatan setiap golongan ahli persatuan melalui beberapa pelan strategik perniagaan yang bakal dilaksana. Program keusahawanan ini bukan saja merangkumi aspek latihan dan perundingan, malah melibatkan pelbagai usahasama antara usahawan berjaya, mentor-mentee serta bantuan dana perniagaan.

PROGRAM PENDIDIKAN

Program pendidikan adalah lebih tertumpu kepada generasi muda dan anak anak ahli Parjasa yang masih bersekolah dan menuntut di IPT. Program ini menekankan kepada Kem Jati Diri, Program Kecemerlangan, Kursus Khas & Seminar yang boleh memberi impak positif kepada peserta. Parjasa turut merancang untuk mencari dana asas bagi menanggung segala kos keperluan program seumpama ini bagi meringankan beban.

PROGRAM SOSIO EKONOMI DESA

Dalam berhadapan situasi sukar kejatuhan ekonomi Malaysia, Parjasa turut berusaha membantu segala kepakaran & kekuatan setiap ahli untuk bekerjasama membantu menaikkan taraf ekonomi setiap ahli Parjasa. Dengan pelbagai program industri desa dan luar bandar, diharap ramai ahli turut mengambil peluang untuk memajukan diri.

PROGRAM USAHAWAN AGRO & INDUSTRI

Secara teori, majoriti ahli Parjasa adalah sudah biasa dengan industri pertanian dan penternakan, maka dengan itu Parjasa turut merancang usaha mengkomersilkan jenis produk produk keluaran ahli melalui platform saluran yang betul Selain itu, Parjasa turut menawarkan ruang iklan kepada setiap ahli berdaftar untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan ahli. Secara tidak langsung, ianya juga menjadi promosi kepada semua ahli parjasa yang melayari halaman rasmi Parjasa dan media sosial.

PROGRAM KEBAJIKAN & MISI BANTUAN

Selain menekankan aspek keusahawanan dan perniagaan, Parjasa turut menitikberat berkaitan hal kebajikan setiap ahli Parjasa. Antara pelan perancangan yang akan bakal dilaksana adalah program kebajikan, misi bantuan kemanusiaan, bencana alam, hak asasi, kutipan dana amal, serta program berkaitan dalam misi penyatuan ummah.

PROGRAM BACKPACKER ANAK MUDA

Antara keunikan Parjasa terhadap generasi muda adalah program backpacker yang dirancang bermula dari lokasi lokasi menarik di Malaysia, dan seterusnya dirancang untuk merentasi Singapura, Indonesia, Australia, Korea dan negara negara lain. Idea ini diilhamkan sendiri oleh Parjasa dalam memberi pendedahan melalui pengembaraan yang lebih memberi peluang kepada golongan generasi anak muda untuk turut serta.

PROGRAM BICARA KOMUNITI PARJASA

Program khas yang dirangka dalam usaha mendengar pendapat, cadangan, idea dan segala penambahbaikan dari kalangan ahli untuk kebaikan bersama. Dalam program ini "Kebebasan Hak Bersuara" diamalkan asalkan tidak berunsurkan provokasi atau hal yang menjurus kepada perpecahan. Program ini lebih berteraskan kepada pendapat peribadi terhadap cara dan jalan penyelesaian terhadap isu semasa mahupun idea.

bottom of page