top of page

Lencana Dan Bendera Parjasa

  • Oleh : Saudara Rizali Masri
  • Aug 5, 2015
  • 1 min read

Assalamualaikum W.B.T.


Dengan terciptanya logo Parjasa, maka segala urusan melibatkan entiti Persatuan Anak Rantau Rompin Di Johor Bahru Dan Singapura menjadi mudah dan penjenamaan entiti Parjasa. Seterusnya, dengan komitmen dan rasa tanggungjawab yang diamanahkan. Melalui kepakaran dan pengalaman tersendiri, Setiausaha Agung (Saudara Rizali Masri) mengambil inisiatif tersendiri dengan mencipta dan merekabentuk lenca serta bendera baru mewakili Parjasa. Kini kita mempunyai entiti tersendiri!


Hal ini adalah kerana Parjasa adalah sebuah persatuan, maka dengan itu keperluan entiti berbentuk lencana dan bendera adalah suatu keperluan. Dengan rekabentuk yang digabungkan menjadi suatu simbolik menyeluruh berkaitan Parjasa diharap mampu melonjakkan lagi tahap kredibiliti dan professionalisma organisasi Parjasa termasuk seluruh organisasi yang bernaung dan bekerjasama dibawahnya.


LENCANA PARJASA

BENDERA PARJASA

Dengan terlaksananya fasa kedua penjenamaan entiti PARJASA setelah terhasilnya logo, lencana dan bendera. Maka lengkaplah keperluan asas dibahagian ini, kerana keperluan perlembagaan pertubuhan persatuan mengarankan agar setiap persatuan memiliki entiti keunikan tersendiri. Parjasa telah berjaya melaksanakannya denga komited!


Walaupun segala rekabentuk ciptaan yang dihasilkan terutama rekabentuk logo, lencana dan bendera belum rasmi. Dan hanya akan rasmi melalui undian dan keputusan semua ahli persatuan melalui Annual General Meeting (AGM), namun inilah entiti buat seluruh ahli Parjasa yang mana logo dan lencana ini akan digunapakai dalam setiap urusan surat menyurat, di website serta 'letter head' melibatkan urusan Parjasa.


KUDOS PARJASA..!!



Sekian,


Setiausaha Agung Parjasa,


 
 
 

Комментарии


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Google+ Basic Square
bottom of page