top of page

Mesyuarat Pertama Pelantikan MT

  • Oleh : Saudara Rizali Masri
  • Aug 9, 2015
  • 2 min read

Assalamualaikum W.B.T.


Bagi mematuhi segala keperluan asas dan syarat penubuhan sesebuah persatuan mengikut akta perlembangan ditetapkan JPPM. Saudara Rosley selaku Presiden Parjasa telah memainkan peranan penting dalam usaha mengumpulkan seberapa ramai dalam kalangan anak jati Rompin yang bermastautin di negeri Johor. Ini adalah antara syarat asas penubuhan sesebuah persatuan untuk mengadakan mesyuarat pertama melibatkan AJK penaja yang akan dilantik menjadi Majlis Tertinggi mengikut carta organisasi yang melibatkan 7 orang ahli.


Lokasi mesyuarat yang pertama dicadangkan di Mydin Taman Rinting, namun memandangkan ketiadaan wifi di lokasi berkenaan, kesemua ahli bersetuju bertukar lokasi ke Restoran Osman, Bandar Seri Alam. Kehadiran ahli tak rasmi yang bermula sekitar jam 8:30 malam hingga ke 11:30 malam itu turut dihadiri seramai 10 orang termasuk pasangan masing-masing.


Mesyuarat bermula seawal jam 9:00 malam dimulai dengan kata ucapan Saudara Rosley Ismail dan seterusnya diikuti sessi pembentangan, hala tuju, matlamat, dasar utama dan platform perlunya penubuhan Parjasa oleh Saudara Rizali Masri..


Kemudian sessi perbincangan, perkongsian pendapat, serta cadangan cadangan dari ahli yang hadir untuk memperkemas PARJASA. Sessi terakhir pula membincangkan 7 senarai nama ahli yang sesuai bagi memikul amanah dan komitmen selaku Majlis Tertinggi yang dimulai oleh jawatan Presiden, Timbalan Presiden, Setiausaha Agung, Timbalan Setiausaha, Bendahari beserta 2 jawatankuasa exco.


Perbincangan akhirnya sepakat mencadangkan nama-nama seperti yang termaktub di dalam perlembagaan persatuan dan di ruangan carta organisasi Parjasa. Keputusan ini diambil kira memandangkan komitmen pertama (first impression) kesemua ahli terlibat yang datang meluangkan masa dari kesibukan kerja dalam usaha menghadiri mesyuarat pertama berjalan lancar tanpa sebarang alasan. 'Komitmen' adalah asas paling utama membentuk sesebuah organisasi baru agar mampu berdaya maju.


Senarai nama Majlis Tertinggi Parjasa 2015/2016


Presiden : Saudara Rosley Bin Ismail

Timb. Presiden : Saudara Radzuan Bin Hassan

Setiausaha : Saudara Mohd Rizali Bin Md Masri

Timb. Setiausaha : Saudara Rosli Bin Asaari

Bendahari : Saudara Sa'at Bin Khamis

Biro Pentadbiran : Saudara Marzuki Bin Samli

Biro Kebajikan : Saudari Noor Azlina Bin Mukri


Dengan segala keputusan yang dipersetujui bersama Majlis Tertinggi, kini telah menjadi tanggungjawab paling berat kepada Saudara Rizali Masri selaku Setiausaha Agung Parjasa untuk memastikan segala proses permohonan, dokumentasi dan pembentukan Parjasa berjalan lancar. Langkah seterusnya adalah melibatkan semua Jawatankuasa Majlis Tertinggi untuk mencorak dan menggerakkan kemampuan Parjasa seiring dengan keterlibatan setiap ahli berdaftar yang bergabung menjadi satu hati satu jiwa satu suara memastikan Parjasa terus melangkah maju!



Sekian,


Setiausaha Agung Parjasa


 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Google+ Basic Square
bottom of page