Mesyuarat Kali Kedua
- Oleh : Saudara Rizali Masri
- Oct 5, 2015
- 1 min read
Assalamualaikum W.B.T.
01 Oktober 2015 - Setelah permohonan Pertubuhan PARJASA diluluskan pada 15 September 2015, sekretariat Majlis Tertinggi telah mengadakan mesyuarat kedua. Mesyuarat kali ini lebih membincangkan pemilihan pembukaan akaun persatuan bagi memudahkan segala urusan kewangan termasuk bayaran keahliandan sumber penajaan persatuan.
Biarpun kekangan masa dan komitmen masing-masing namun atas rasa tanggungjawab, majlis harus juga diadakan bagi memudahkan urusan seterusnya.

Lokasi mesyuarat kali ini diadakan di Restoran My Friend, Kempas Johor Bahru pada jam 09:00 malam. Secara kasarnya, matlamat mesyuarat yang diadakan mencapai objektif bilamana kesemua yang hadir bersetuju membuka akaun persatuan di Bank Simpanan Nasional (BSN) dan permohonan terus didaftarkan pada hari Ahad.
Selain dari itu, perbincangan turut tertumpu kepada majlis perasmian dan pelantikan penaung kehormat Parjasa. Dalam misi menganjurkan majlis perasmian Parjasa, sekretariat kerja memainkan peranan penting dalam berusaha mencari seberapa ramai yang mungkin untuk mendaftar menjadi ahli berdaftar bersama Parjasa. Semoga lebih ramai yang menyokong dan sehati sejiwa dengan hasrat perjuanga Parjasa.
Sekian,
Setiausaha Agung Parjasa
#perjasacom #anaknegeri #Excoparjasa #AdunTioman #MajlisTertinggi #MTParjasa #anakpahang #bendera #anakrantaurompin #persatuananakpahang #YBDatoJohari #PARJASAPARJASA #anakrantaupahang #anakrompin #logoparjasa #ybdatojohari #kualarompin #parjasawixcom #aduntioman #parjasacom #parjasaperjasa #persatuan #johor #per #lencana #datojoharihussain #rompinpahang #DatoJohariHussain #rompin #anakjati #anakjatirompin #pahang #pendaftaranparjasa #parjasa #persatuanPARJASA #parjasarompin #google #minitmesyuaratparjasa #PARJASA #datojohari #jasa #YBJohari #rosleyismail #perjasa #ahliparjasa
Comentarios