Parjasa Lulus Didaftarkan JPPM
- Oleh : Saudara Rizali Masri
- Sep 16, 2015
- 1 min read
Assalamualaikum W.B.T.
13 September 2015 - Selama dua minggu proses pendaftaran pertubuhan, setelah turun naik pejabat JPPM Kempas Johor dan membuat pembayaran yuran perdaftaran sebanyak RM30. Parjasa mendapat email dari pegawai pendaftar bertanyakan soalan-soalan yang berkaitan secara terperinci terhadap matlamat, hala tuju dan asas pertubuhan mengikut syarat Kerajaan Malaysia. Biarpun kami berurusan dengan kalangan pegawai yang tegas, kami tetap menjawab dan menyediakan segala kehendak pegawai berkenaan.

15 September 2015 - Alhamdulillah, atas budi bicara dan kerjasama dari pegawai bertugas, Pertubuhan Persatuan Anak Rantau Rompin Pahang Di Johor Bahru Dan Singapura (PARJASA) telah diluluskan dan sah didaftarkan dibawah JPPM dengan nombor pendaftaran PPM-008-01-15092015.
16 September 2015 - Seiring dengan tertubuhnya tarikh Hari Kebangsaan 2015, PARJASA turut ditubuhkan dengan iringan doa dan syukur.
Dengan ini, kesemua Majlis Tertinggi (MT) secara langsung telah memikul amanah dan tanggungjawab yang besar dengan memastikan perjuangan dan matlamat yang diusahakan terlaksana.
Sehubungan itu, seluruh ahli sekretariat tertinggi PARJASA ingin mengucapkan Selamat Hari Kebangsaan kepada seluruh rakyat Malaysia. Semoga tanah air tercinta kita ini kekal aman, makmur dan harmoni dengan penuh kasih sayang dan #SEHATISEJIWA.

Sekian,
Setiausaha Agung Parjasa
Comments