Pendaftaran Parjasa Di JPPM
- Oleh : Saudara Rizali Masri
- Aug 31, 2015
- 1 min read
Assalamualaikum W.B.T.
18 Ogos 2015 - Presiden dan Setiausaha Agung Parjasa telah ke Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPMM) di Johor Bahru bagi menguruskan pendaftaran persatuan. Hal ini kerana sebelum ini, Saudara Rosley Ismail telah 2 kali bertolak ke Pahang dari Johor Bahru berjumpa pegawai di Kuantan atas urusan pendaftaran Parjasa. Namun atas faktor lokasi operasi lebih kepada Johor, maka pendaftaran haruslah dipohon di negeri Johor. Maka, selepas mesyuarat pertama pelantikan AJK Parjasa, Setiausaha Agung telah menyediakan segala keperluan dokumentasi permohonan. Dengan pendaftaran secara maka proses pengisian lebih mudah dan efisien.

24 Ogos 2015 - Proses pendaftaran tidak berjalan lancar berikutan sistem online meminta maklumat tambahan berkaitan details pekerjaan dan majikan setiap ahli AJK penaja. Hal ini tertangguh seketika berikutan hari bekerja dan terpaksa menunggu feedback dari 6 orang ahli AJK Tertinggi.
27 Ogos 2015 - Berikutan nasihat dari pegawai bertugas di kaunter JPPM menyarankan agar pembayaran pendaftaran sebanyak RM30 dibuat secara langsung. (Pembayaran online banking terus ke Putrajaya, dan proses ini akan memakan masa yang panjang untuk sampai ke peringkat negeri. Jika mahu cepat, buat pembayaran langsung ke Kaunter dimana persatuan beroperasi).
01 September 2015 - Segala proses permohonan dan pembayaran telah selesai. Kini hanya sessi menunggu keputusan dari pegawai atasan JPPM untuk memberi kata putus samada lulus ataupun ditolak. Proses menunggu akan mengambil masa antara 5 hari bekerja hingga ke 14 hari bekerja.

Sekian,
Setiausaha Agung Parjasa,
#parjasa #anakrompin #excoparjasa #persatuananakpahang #datojohari #kualarompin #DatoJohariHussain #perjasa #pahang #rompinpahang #anakjatirompin #rompin #anakjati #parjasarompin #YBDatoJohari #datojoharihussain #anakrantaurompin #persatuan #johor #anakpahang #MTParjasa #aduntioman #MajlisTertinggi #AdunTioman #rosleyismail #YBJohari #Excoparjasa #lencana #parjasacom #anaknegeri #bendera #pendaftaranparjasa #perjasacom #per #jasa
Comments