top of page

Minit Mesyuarat MajlisTertinggi

  • Oleh : Saudara Rizali Masri
  • Aug 14, 2015
  • 3 min read

Assalamualaikum W.B.T.

Minit Mesyuarat Pertama

09hb Ogos 2015, 8:30 malam

Restoran Osman, Bandar Seri Alam, Johor

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa yang pertama diadakan bagi memenuhi syarat penubuhan sesebuah persatuan. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Saudara Rosley Bin Ismail selaku Pengerusi Persatuan Anak Rantau Rompin Di Johor Bahru Dan Singapura (PARJASA). Kehadiran barisan ahli jawatankuasa mesyuarat yang pertama ini adalah seramai 10 orang.


KEHADIRAN :


Hadir


01. Saudara Rosley Bin Ismail

02. Saudara Saat Bin Khamis

03. Saudara Radzuan Bin Hassan

04. Saudara Rizali Bin Md Masri

05. Saudara Rosli Bin Asaari

06. Saudara Nizam Bin ...

07. Saudara Marzuki Bin Samli

08. Saudari Noor Azlina Binti Mukri

09. Saudari ...

10. Saudari ..


1.0 UCAPAN PERASMIAN / NOTA KHAS PENGERUSI MAJLIS


1.1 Majlis dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah oleh Saudara Rosley Ismail


1.2 Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan AJK yang dapat hadir pada mesyuarat yang pertama kali diadakan ini.


1.3 Setelah sessi memperkenalkan diri ahli yang hadir, seterusnya majlis diserahkan kepada Saudara Rizali Masri bagi membentangkan keperluan, matlamat, dasar, platform dan rangka kerja hala tuju persatuan yang bakal ditubuhkan dengan nama Persatuan Anak Rantau Rompin Di Johor Bahru Dan Singapura atau singkatannya PARJASA.


1.4 Kesemua ahli yang hadir bersetuju dengan nama yang dicadangkan dan sebulat suara menerima segala dasar dasar yang dibentangkan.


2.0 MEMBENTANG DAN MENGESAHKAN MINIT MESYUARAT PERTAMA.


2.1 Saudara Rizali Masri membentangkan dasar matlamat dan keperluan aktiviti yang bakal dilaksana Parjasa untuk jangka pendek dan jangka panjang dan disokong oleh Saudara Rosley serta disahkan sebulat suara.


2.2 Perbentangan kedua adalah melibatkan rangka kerja Parjasa meliputi aspek kebajikan ahli, misi bantuan kemanusiaan, peluang dan ruang yang bakal ditawarkan kepada ahli, pelaksanaan platform teknologi maklumat dan medium informasi kepada semua ahli dan program pembangunan keusahawanan bagi membantu ahli persatuan menjana pendapatan sampingan.


Saudara Marzuki Samli menyokong dan turut disahkan oleh kesemua AJK yang hadir.


3.0 PERKARA BERBANGKIT / CADANGAN


3.1 Memandangkan mesyuarat kali ini adalah yang pertama diadakan maka tiada sebarang perkara berbangkit dikeutarakan.


3.2 Cadangan agar penubuhan persatuan haruslah lebih memberi fokus kepada sektor keusahawanan dan perniagaan kerana rata-rata ahli berdaftar adalah dalam kalangan mereka yang berusia dan telah berumah tangga. Maka ianya mampu menarik minat lebih ramai ahli untuk menyertai persatuan selain hal kebajikan.


3.3 Cadangan agar setiap Majlis Tertinggi dan exco-exco yang menghadiri perjumpaan mesyuarat akan datang agar diberi elaun memandangkan tidak semua AJK berada di kawasan yang sama.


3.4 Cadangan agar kelonggaran syarat pendaftaran ahli baru diberikan bagi mereka yang tidak mencukupi syarat kelayakan ahli ditetapkan tetapi mampu memberi sumbangan dan jasa kepada persatuan.


3.5 Cadangan agar lebih banyak program dan projek usahasama di antara persatuan dan ahli untuk memperoleh manfaat bersama.


3.6 Cadangan agar mewujudkan sebuah portal rasmi atau media sosial yang menjadi rujukan utama terhadap setiap perkembangan persatuan.


3.7 Cadangan menganjurkan mesyuarat di bilik khas, ruang atau suasana mesyuarat yang lebih selesa dan tertutup.


3.8 Cadangan membahagikan aktiviti, program dan projek mengikut pecahan peringkat usia supaya segala perjalanan persatuan dilihat menyeluruh kepada 3 lapisan generasi ahli persatuan


3.9 Cadangan melantik seorang wakil di setiap daerah / kawasan bagi membantu meringankan tugas-tugas Majlis Tertinggi (MT) dan AJK exco.


4.0 PERBINCANGAN


4.1 Menyenaraikan 8 jawatankuasa exco tambahan mengikut bidang.


4.2 Projek dan program yang sesuai dilaksanakan oleh persatuan.


4.3 Melantik senarai nama ahli Majlis Tertinggi seramai 7 orang ahli.


5.0 HAL – HAL LAIN


5.1 Menetapkan nilai awal sebanyak RM10 sebagai Yuran Keahlian dan RM15 sebagai Yuran Tahunan Persatuan.


5.2 Menetapkan kadar RM150 bagi Yuran Keahlian Seumur Hidup.


5.3 Mencadangkan setiap jawatankuasa exco melaksanakan sekurang-kurangnya satu program atau projek sebagai portfolio bidang exco.


6.0 RUMUSAN DARIPADA PENGERUSI


Secara keseluruhan, pengerusi majlis berpuas hati dengan komitmen dan kerjasama yang diberikan ahli. Segala cadangan dan perbincangan akan dibangkitkan pada mesyuarat persatuan seterusnya.


7.0 UCAPAN PENANGGUHAN


Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir dan mesyuarat kali pertama ini dapat menghuraikan beberapa persoalan dan menjadikan objektif persatuan lebih tersusun.


Mesyuarat diakhiri dengan Surah Al-Asr.


Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:30 malam.



Disediakan oleh,


Setiausaha Agung Parjasa,

 
 
 

Comments


Featured Posts
Recent Posts
Archive
Search By Tags
Follow Us
  • Facebook Basic Square
  • Instagram Social Icon
  • YouTube Social  Icon
  • Google+ Basic Square
bottom of page